Jenis-jenis Rumput

Cow Grass
Nama Saintifik: Axonopus compressus
Cow grass merupakan rumput yang tahan lasak dan mudah dijaga. Ia sesuai ditanam di kawasan yang banyak dilalui orang kerana mampu menahan tekanan. Rumput ini juga tahan dengan cuaca panas dan lembap, menjadikannya pilihan popular untuk taman rumah dan kawasan komuniti.
Ciri-ciri utama:
• Tumbuh cepat dan padat
• Memerlukan penyiraman sederhana
• Sesuai untuk kawasan teduh dan matahari penuh
Murah, tahan lasak, sesuai untuk laman rumah

Pearl Grass
Nama glamour: Rumput Mutiara
Pearl grass mempunyai tekstur yang lebih padat dan warna hijau gelap yang menarik. Ia sesuai untuk taman eksklusif atau landskap yang memerlukan penampilan rapi dan kemas. Rumput ini juga tahan lasak dan boleh hidup di pelbagai jenis tanah.
Ciri-ciri utama:
• Tekstur halus dan padat
• Perlukan penyelenggaraan sederhana
• Tahan kering dan panas
Lembut, hijau pekat, sesuai untuk kawasan redup

Philippine Grass
Nama Saintifik: Zoysia matrella
Philippine grass terkenal dengan ketahanan terhadap cuaca panas dan penyelenggaraan yang rendah. Ia sesuai untuk taman rumah,kawasan lapangan dan kawasan pejabat kerana memberikan permukaan yang rata dan kemas.
Ciri-ciri utama:
• Tumbuh cepat berbanding Japanese grass dan mudah diperbanyakkan
• Sesuai untuk kawasan besar
• Memerlukan penyiraman sederhana
Alternatif kepada Japanese grass yang lebih tahan panas

Japanese Grass
Nama Saintifik: Zoysia japonica
Japanese grass terkenal dengan kecantikan, kemewahan tekstur dan penyelenggaraan yang Tinggi. Ia sesuai untuk taman rumah, lapangan golf, dan kawasan pejabat kerana memberikan permukaan yang kemas,mewah dan ekskusif
Ciri-ciri utama:
• Tumbuh perlahan, memerlukan penyelenggaraan Tinggi
• Tekstur halus padat dan warna hijau terang
• Sesuai untuk kawasan panas yang panjang
Lembut selesa di pijak,Nampak mewah & kemas, sesuai untuk landskap