Rumput hiasan menjadikan halaman rumah lebih sejuk mata memandang dan menaikkan seri landskap. Tetapi persoalan utama yang sering timbul ialah: adakah lebih baik pasang sendiri (DIY) atau upah tukang?
Artikel ini akan menerangkan langkah demi langkah cara pasang rumput hiasan, beserta kelebihan dan kekurangan DIY vs upah tukang.

5 Cara Pasang Rumput (diy)
1.Pilih Jenis Rumput Hiasan yang Sesuai
Sebelum mula menanam, tentukan jenis rumput mengikut bajet, penjagaan, dan kegunaan halaman:
• Cow Grass – murah, tahan lasak, sesuai untuk kawasan luas.
• Pearl Grass – tekstur halus, warna hijau terang, cantik untuk laman kecil.
• Philippine Grass – lebih nipis dan lembut, tetapi perlukan penjagaan rapi.
• Japanese Grass – premium, lembut, hijau gelap, sesuai untuk dekorasi eksklusif.
👉 Baca juga: Jenis-jenis Rumput Popular di Malaysia
2.Sediakan Tanah
Langkah paling penting untuk pastikan rumput cepat hidup.
• Bersihkan kawasan daripada batu, plastik, dan rumpai liar.
• Ratakan permukaan tanah dengan cangkul atau mesin rotavator.
• Tabur tanah hitam atau pasir sungai nipis untuk meratakan dan memperbaiki saliran air.
👉 Rujuk artikel: Tips Pilih Rumput Hiasan untuk Halaman
3.Rumput Keping atau Gulung
• Letakkan rumput rapat antara satu sama lain supaya tiada ruang kosong.
• Pastikan arah rumput sama supaya nampak sekata.
• tekan dengan kayu panjang supaya melekat kemas.
4.Siram & Tekan Tanah
• Siram dengan air secukupny.
• Gunakan roller perlahan-lahan untuk padatkan tanah
5.Penjagaan Selepas Pasang
• Siram 2 kali sehari pada minggu pertama.
• Kurangkan siraman selepas rumput mula berakar.
• Elakkan pijak kawasan baru ditanam sekurang-kurangnya 2 minggu.
• Boleh tabur sedikit baja organik atau NPK selepas 2–3 minggu.
👉 Nak tahu kenapa rumput jadi coklat lepas tanam? Baca artikel: Kenapa Rumput Masih Coklat Walaupun Dah Tanam?
Cara Pasang Rumput DIY vs Upah Tukang: Mana Lebih Baik?
DIY
✔ Jimat kos pemasangan
✔ Sesuai untuk kawasan kecil
✘ Ambil masa & perlukan tenaga lebih
✘ Risiko rumput tak tumbuh sekata jika silap pasang
Upah Tukang
✔ Cepat & kemas
✔ Sesuai untuk kawasan luas
✔ Tukang berpengalaman tahu cara rawat tanah & rumput
✘ Ada kos tambahan
Cara Pasang rumput hiasan boleh dibuat sendiri jika kawasan kecil, tetapi untuk hasil lebih kemas dan tahan lama, ramai pemilik rumah memilih untuk upah tukang berpengalaman.
👉 Kalau anda nak pasang Cow Grass, Pearl Grass, Philippine Grass atau Japanese Grass di rumah, kami sedia membantu dari bekalan rumput terus dari kebun + pemasangan.
📞 Klik sini untuk WhatsApp kami terus: Hubungi Kami di WhatsApp